BAHAYA SERANGAN JANTUNG TERHENTI MENGEJUTCardiac arrest ini adalah pembunuh senyap dan ia membunuh mereka yang tidak ada rekod sakit jantung sebelumnya. Ia berlaku bila sistem elektrik jantung tidak berfungsi (malfunction). Kebiasaannya situasi itu berlaku secara tiba-tiba, tanpa amaran. Mangsa akan terus tumbang, tiada nadi, gagal bernafas dan meninggal dunia dalam beberapa minit jika tidak dirawat serta-merta. Jantung dan nadi terhenti terus dan mangsa tidak memberikan respon. Rawatan segera wajib diberikan kerana jika lambat bantu maka jantung akan berhenti buat selama-lamanya. Ia tak sama dengan serangan jantung (heart attack). Sama sekali berbeza. Serangan jantung berlaku bila saluran jantung tersumbat dan darah gagal dibekalkan untuk circulation. Belajar CPROrang yang kena serangan jantung boleh bercakap, ada nadi dan mampu beri respon. Manakala cardiac arrest berlaku bila sistem eletrik jantung terhenti sama sekali. Orang yang kena cardiac arrest tidak boleh bercakap, tak boleh respon dan nadi tiada. Jantungnya perlu di pump semula sama ada menggunakan automated exterbal defribilator (AED) jika ada atau CPR sebagai bantuan awal untuk kejutkan semula jantung yang dah terhenti. Sebab itulah semua ahli sukan wajib belajar CPR atau pengurusan tempat bersukan perlu ada AED sebagai first aid. Tak perlu jadi first aider bertauliah, cukup jika anda tahu melakukan CPR untuk bantuan awal. Ada cara untuk elak dari terkena serangan Cardiac Arrest ini?Sebenarnya tiada cara yang khusus bagaiamana untuk mengelakkan dari serangan Cardiac Arrest ini. Namun ada cara asas untuk memastikan jantung kita berada dalam keadaan yang benar-benar sihat untuk melakukan aktiviti sukan: 1. Ketahui kemampuan diri Tidak salah bersukan waktu malam dan tidak salah bersukan walau dah berumur tetapi pastikan anda faham waktu bila hendak berhenti. Juga pastikan badan anda tidak terlalu letih bekerja disiang hari dan bersukan dimalam hari seperti futsal, badminton, bola sepak atau gym. Jika anda jarang bersukan dan tiba-tiba bersukan terlalu aktif atau aggresif, maka anda mungkin gagal kawal jantung. Jangan samakan diri anda dengan ahli sukan aktif atau professional. Malah, ahli sukan professional juga ramai yang mati di padang akibat cardiac arrest. Sebab itu perlunya sesiapapun membiasakan melakukan latihan cardio, iaitu membiasakan jantung bergerak dengan laju dan berhenti apabila laju seperti tidak melebihi 145 beat per second (bps) ikut umur. 2. Melakukan pemanasan badan Ini berlaku bila keadaan suhu badan berubah secara mengejut. Ia akan menaikkan atau menurunkan tekanan darah secara mendadak terutama bagi pesakit jantung. Nabi juga ada mengajar apabila mulakan mandi, jangan terus disiram badan. Mulakan dari kaki untuk biasakan dengan suhu air, perlahan naik ke betis secara beransur-ansur dan seterusnya hingga mula basahkan kepala seperti biasa. Bukan terus terjah kepala dan seluruh badan. Bersukan bagus, bersenam juga bagus, tetapi kena faham dgn kemampuan badan dan situasi. Warm up yang cukup, kawalan pernafasan yang baik, tidak mudah panik dan selalu lakukan latihan cardio amat penting. Warm up dan stretching dua benda berbeza. Warm up dulu baru stretching kerana badan perlu dipanaskan dulu sebelum beraktiviti. Kaedah rawatanKaedah rawatan bagi pesakit yang disahkan menghidap Cardiac Arrest, mereka dinasihatkan untuk menjalani pembedahan kecil dengan memasang Implantable Cardioverter Defibrillator (ICD). ICD adalah alat kecil yang diletakkan di bawah kulit di dada. Fungsinya untuk memantau dan mengawal aritmia berbahaya dengan memberi kejutan elektrik ketika berlaku gangguan pada jantung. ICD perlu ada dalam badan pesakit Cardiac Arrest seumur hidup memandangkan terdapat risiko berlakunya gangguan berulang. Pesakit dinasihatkan menjalani electrophysiology study dan radiofrequency ablation untuk mengurangkan atau membetulkan gangguan elektrik pada jantung.
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorCynthia Angkui ArchivesCategoriesE-Portfolio
Nik Nur Farahin binti Nik Zulkifli
Nur Aina Shafira Binti Jainuri Noor Faiezin binti Zulkefli Aisyah Binti Zainudin Nuratikayanah binti Samsuddin Nur Zakirah binti Kamaruddin Mohamad Shazwan Azizi Muhammad Nur Rafiqqi Humaira binti Muazaffar Nurul Mashitah binti Misnon Masdaniar binti Rosli Muhd Syahrul Naim Muhammad Izzul Razlan Nur Raihana Binti Rodzi |